Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, April 18, 2009

Tulip

Tulip oh tulip





Tulip oh tulip

Wednesday, April 15, 2009

Cornwall

Lepas sarapan kami bersiap2 nak ke St. Ives untuk melihat pemandang seaside town.
Pantai St. Ives sangat cantik..ombak yang besar memberi peluang kepada kami melihat orang bermain surfing . Selepas snap beberapa keping gambar dan membeli cenderamata..kami pin bergerak ke Land's End melalui jalan2 sepanjang tebing laut..Subhanallah..sungguh cantik pemandangannya..dalam perjalanan kami berhenti sekejap utk menikmati keindahan tebing2 laut yang menarik bentuknya...

Di Land's End..pemandangannya juga sangat cantik...lama juga kami berjalan2 disekitarnya..anak2 pun happy sambil meninjau2 ape aktiviti menarik yang deme boleh lakukan. Deruan anginnya sesekali terasa juga kesejukannya walaupun waktu itu panas...Perut terasa lapar..kami meninjau2 tempat yang sesuai untuk menjamu selera...dalam meninjau2 tu..anak2 berlari-lari jauh meninggalkan Teman dan suami...rupa2nya...deme dah nampak tempat yang paling best sekali kat Land's End nie...Playground...Kat sini special skit...sebab ada satu permainan yang xde kat playground lain..bergayut pada tali sambil tali tu mengelunsur atas tali lain menuju ke arah bertentangan. Anak2 Teman dok main yang itu aje ler..sampai makan pun takde selera dah..nak main punya pasal....




Selesai di Land's End..kami ke St Michael's Mount yang terletak tak jauh dari Land's End. Singgah sebentar saja untuk bergambar...tak pegi pun ke pulau tu...angin kuat juga waktu nie...sejuk pulak rasa..

Last sekali kami pergi ke Goonhilly Earth Station..Waktu kami sampai tempat nie dah tutup..sebab dah pukul 5 lebih..rasanya best juga kalau dapat masuk...tapi kalau tak masuk pun lagi best...selamat duit.. :):):)..So..kesudahannya bergambar kenangan aje la...Teman sorang je yang bergambar..anak Teman semuanya tidur...kepenatan bergayut kat playground tadi..

Kami sampai kat caravan hampir pukul 8 malam...Alhamdulillah...perjalanan hari tu dipermudahkan..

Tuesday, April 14, 2009

Somerset

Assalamualaikum..

Teman sekeluarga baru je balik dari bercuti ke Cornwall bersama 5 lagi keluarga yang lain. Hari pertama sebelum sampai ke Cornwall kami singgah di Somerset. Cadangnya nak sarapan pagi di pantai Somerset. Oleh kerana hujan, terpaksa la dibatalkan..dan kami teruskan perjalanan ke tempat kedua..iaitu Clark Village Somerset.

Sebelum menjelajah dalam CVS kami sarapan dulu dengan menu nasi lemak. Lihatlah aksi anak2 Teman dan kawan2 deme kat tempat shoping.
Pantang nampak Thomas..nak naik aje lerr..pastu bile bergambo macam2 gaya deme berposing...

Pukul 2 lebih kami meneruskan perjalanan ke tempat menginap Newquay Holiday Park. Ini adalah tempat penempatan Caravan.Ini pertama kali Teman sekeluarga tidur dalam caravan..anak2 Teman bukan main excited sekali nak tahu macam mana bentuk caravan..

Caravan yang kami sewa nie ada 3 bilik..so kami share 3 family..just nice..sebab ruang dalam juga besar dengan dapur yang selesa.
Selepas solat kami mulakan sesi ber BBQ..so..6 family berkumpul dalam caravan kami..fuhh..risau juga bile ramai2 dalam caravan nie :):):)..Alhamdulillah..selesai sesi BBQ dan makan bersama2..masing2 merehatkan diri(tidur lerr) untuk menjelajah ke barat dan selatan cornwall esok pagi..



Wednesday, April 1, 2009

HTA for my sons

Fatih & Fawwaz dapat Head Teacher Award hari nie. Tersenyum lebar bile deme nampak Teman dan suami ada dalam majlis penyampaian HTA. Fatih dapat HTA atas sebab pencapaian dalam academic dan Fawwaz atas sebab behavior.



Sunday, March 8, 2009

Gelagat anak2ku


Aksi tiga beradik bile di tempat awam...

Tuesday, March 3, 2009

Ireland

Pertama kali menjejak kaki ke Ireland disambut dengan kedai2 arak sepanjang perjalanan menuju ke pintu keluar airport Dublin. Ireland nie terkenal dengan pengeluar arak. Namun kunjungan Teman ke sana bukanlah untuk melihat kedai2 tersebut. Kunjungan Teman adalah untuk bertemu sahabat2, adik2 dan kakak2. Ramai kenalan baru yang Teman jumpa..seronok berkenalan dengan bakal2 doktor dari ireland, adik2 dari europe, adik2 dari Czech Republic
dan juga adik2 dari UK. Berkenalan sambil mendengar pengalaman2 mereka sepanjang berada di tempat masing2. Terkesima juga mendengar pengalaman2 mereka, keberanian dan kecekalan mengharungi hidup di negara orang sendirian.

Sesi perkenalan berlangsung sepanjang waktu berada di sana. Program juga di isi dengan tazkirah2 dari Dr Wan dan Kak Ina juga diselitkan sesi riadah dan jaulah. Sempat juga Teman berkunjung ke Cork University yang teletak berhanpiran tempat menginap kami.

Jika perjalanan ke Cork kami mulakan dari Airport Dublin, seterusnya menaiki bas ke Cork.. maka perjalan balik kami bertolak dari Airport Cork ke Birmingham...
Airport Cork dan Dublin kecil saja..so..kami kena menapak menuju ke kapal terbang. kalau anak2 Teman ikut..mesti deme seronok bebenor dapat tengok kapal terbang yang besar tu depan mata sambil menaiki tangga kapal terbang...

Sampai di Birmingham Teman solat dahulu di Surau Airport Birmingham dan seterusnya menuju pulang dengan menaiki train ke Selly Oak..



Wednesday, February 25, 2009

Winter Scotland Tour - Day 4

Edinburgh, 17 Februari 2009

Tempat pertama yang kami tuju ialah Edinburgh Castle
Castle nie terletak kat atas bukit yang berbatu...so..nampak gah dari bawahnyerr..

Teman idak ler nak bercerita panjang ttg castle nie..tgk gambo aje la yerk..
Teman tak gemar sangat tentang sejarah nie..
sekadar tengok struktur bangunan boleh ler..

Kami juga singgah di Edinburgh University...

Pusing university lebih kurang satu jam..
lepas tu Teman sekeluarga ke rumah kawan suami Teman..
ahli rombongan yang lain meneruskan ekspedisi mereka..

-Tamat-

Monday, February 23, 2009

Winter Scotland Tour - Day 3

Glasgow, 16 Februari 2009

Selepas check-out dari travelodge Dumbarton..kami terus bergerak ke Glasgow.
Jarak Dumbarton tak jauh dari Glasgow.
Kami tak menjelajah Dumbarton...sebaliknya terus ke Glasgow
mengunjungi People's Palace and Winter Garden


People's Palace and Winter Garden
adalah museum yang menceritakan tentang people and city of Glasgow dari
tahun 1750 hingga sekarang.
Juga menceritakan bagaimana keadaan semasa zaman perang dunia..


Di luar museum di bangunkan winter garden...di mana kebanyakan
tumbuhan2nya adalah tumbuhan2 tropika...
suhu dalam garden ini dikawal tahap kepanasannya..
agar tumbuh-tumbuhan ini hidup segar...
terasa suasana seperti di malaysia...







Selepas puas menjelajah dalam Winter Garden..
kami beredar ke Glasgow University..





Glasgow University merupakan one of the Scotland's ancient universities.
it is now independently ranked as amongst
the top ten universities in the UK for teaching quality...
The University's main campus is located on Gilmorehill, in the West End of Glasgow.
The University also has a number of buildings elsewhere in the city;
a facility at Loch Lomond; and the Crichton Campus in Dumfries,
which is jointly operated alongside a number of other institutions.

Day 3 nie banyak tempat juga yang kami pergi..
selepas University of Glasgow..kami ke
Scottish Exhibition and Conference Centre(SECC)
hanya bergambar sahaja di situ..


selepas itu kami ke
Glasgow Science Centre(GSC).
Menarik juga tempat nie..
Ia merupakan one of the most exciting and challenging project in Scotland.
GSC nie begitu menarik minat anak2 Teman..dan juga Teman sendiri..
Tujuan GSC diwujudkan adalah utk mempromosikan keprihatinan
tentang pentingnya sains dan teknologi..









Kaki dah lenguh berjalan perut pun dah lapar..
masing2 dah penat..
so..kami ke tempat menginap seterusnya untuk merehatkan diri..


Bersambung..







Winter Scotland Tower - Day 2

Cumbria, 15 Februari 2009

Bertolak dari Travelodge pukul 8 pagi.
Meneruskan perjalan ke Lake District National Park,Cumbria
mengambil masa kurang lebih 30 minit.


Lake District merupakan antara kawasan percutian yang popular di UK.
Kawasan ini terkenal dengan tasik dan banjaran gunung.
Dari kejauhan dapat kelihatan salji memutih memenuhi puncak gunung.
Sungguh cantik ciptaan Illahi...Subhanallah..




kalau dulu hanya dapat lihat pemandangan ini dalam gambar kaku..
tapi kali ini..Teman berpeluang melihat dengan mata sendiri...
Alhamdulillah...




Kami berjalan disepanjang tepian tasik..
perkhidmatan bot ada disediakan untuk mereka yang mahu mengelilingi tasik
sambil melihat panorama sekeliling...
Anak2 Teman cukup riang...mengejar swan dan pigeon..
terutama sekali Fawwaz..





Selepas puas berjalan disekitar Lake District..
kami ke Kendal Village Outlet Shopping..

Lepas tu kami teruskan perjalan ke Glasgow
yang mengambil masa hampir 3 jam.
Dalam perjalanan..kami sempat singgah bergambar dilereng gunung..
yang sebahagiannya masih bersalji...

Selepas check-in di travelodge Dumbarton
kami ke rumah kawan di Glasgow..
lupa pulak nak bergambar..
Diaorang dah lama kat UK..Insya-Allah..akan pulang Malaysia dalam tahun ini.

Bersambung...