Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, February 23, 2009

Winter Scotland Tour - Day 1

Lancashier, 14 Feb 2009

Assalamualaikum...

Kali nie bercuti ke sebelah utara UK pulak..
sebelum ke Blackpool kami ke Blackburn dulu...
singgah kedai kasut yang dikatakan murah..
kat sini dapat la anak2 Teman sorang sepasang kasut..
15pound untuk 3 pasang...buleh sesangat lerr..
masuk aje dalam kereta..semuanya pakat nak pakai kasut baru..
excited bebenor deme nie bile dapat kasut baru..

Kami meneruskan perjalan ke Blackpool..
Sebelum trip nie..Teman idak ler pulak google tentang tempat nie..
so..ikut aje lerr rakan2 yang turut serta dalam jaulah nie..

Blackpool atau lebih dikenali dengan seaside town
terletak dalam Lancashier,England.
berada di sepanjang Irish Sea..membuatkan pemandangannya cantik
deruan angin pesisir pantai yang begitu laju
menambahkan lagi kesejukan dalam hujan yang renyai-renyai..

Anak2 suka tak terkata dapat bermain dan berkejar-kejaran..
sampaikan nak ajak bergambar pun dah tak diendahkannya..
Bermain lebih menyeronokkan..berbanding bergambar kaku...

Bandar Blackpool juga dikenali dengan Pleasure Beach Theme Park..
Penuh sarat dengan perlbagai permainan..
kami tak masuk pun dalam Park tu..hanya bergambar ditepi pantai..

Lepas bergambar...kami berpusing-pusing sekitar bandar..
Konon nyer nak ke Blackpool Tower ..tapi..
pusing punya pusing..tak sampai2..padahal Tower nya dah nampak..
akhirnya...kami terus keluar dari bandar Blackpool menuju ke
tempat menginap..Travelodge Burton M6..

habis citer part 1

bersambung...

No comments: