Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 31, 2008

Cara atasi marah, panas baran

Bersama Jakim

SAYA seorang yang panas baran. Perkara yang kecil pun boleh menyebabkan saya menjadi sangat marah dan menjadi mangsa adalah isteri dan anak. Lebih teruk ketika marah, tangan saya seperti ringan hendak memukul atau menampar. Selepas marah hilang, saya selalu menyesal, terutama apabila melihat anak ketakutan.

Walaupun tahu sifat ini buruk dan memalukan, saya sukar mengatasi masalah ini.

Saya ingin meminta nasihat dan panduan untuk mengatasi masalah ini. Apakah pendekatan Islam untuk mengatasi sikap panas baran atau adakah ayat al-Quran tertentu yang boleh diamalkan.

Bapa garang,
Kuala Lumpur


Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

· Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

· Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) .

· Minum air.

· Mendiamkan diri ketika marah.

· Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

· Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

· Berfikiran positif.

· Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

· Bawa bertenang seperti menarik nafas.

· Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Berwuduk sebelum tidur elak gangguan syaitan

Bersama Jakim

ANAK saya yang berumur enam tahun mengadu takut tidur sendirian dalam bilik dan meminta saya menemaninya. Dia memberitahu sering bermimpi buruk dan takutkan hantu. Walaupun ada pendekatan moden untuk mengatasi masalah ini, saya ingin tahu cara Islam menanganinya. Apakah amalan yang perlu dilakukan sebagai orang Islam, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa sebelum masuk tidur.

Jawapan:


Berdasarkan hadis; dari Barra' Bin 'Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: "Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat..." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah mempunyai wuduk, maka tidak perlulah mengangkat wuduk lain, kerana maksud saranan itu sudah tercapai iaitu orang Islam perlu tidur dalam keadaan suci dikhuatiri maut menjemput pada ketika itu. Bersuci juga dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan takut ketika tidur.

Oleh itu, antara perkara diajar Islam sebelum tidur ialah:

· Mengambil wuduk

· Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur hendaklah bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali.

· Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali.

· Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas serta al-Fatihah.

· Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.

· Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya antaranya doa yang bermaksud: "Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup".

· Mengucap dua kalimah syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT.

Umat Islam juga diajar bagaimana menangani persoalan mimpi seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah bersabda: "Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya". (Riwayat Bukhari Muslim)

Apabila bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali, berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seorang pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.

Panduan laksana puasa secara berkesan

Bersama Jakim

SETIAP tahun umat Islam berpuasa sepanjang Ramadan. Saya bertekad menjadikan Ramadan kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Saya tidak lagi hanya mahu menahan lapar dan dahaga, tetapi masih melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam, walaupun pada pandangan sesetengah orang, perbuatan itu hanya dosa kecil. Saya ingin berubah. Bagaimanakah saya boleh melaksanakan ibadah selama sebulan ini dengan berkesan.

Jawapan:

Puasa adalah ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mengenai puasa:

"Puasa ada tiga kedudukan : Puasa Umum, puasa Khusus dan puasa khusus al-Khusus. Puasa Umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Puasa Khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa. Puasa khusus ialah menahan hati daripada keinginan buruk dan tidak memikirkan sesuatu selain daripada Allah dan ini ialah puasa nabi, al- Siddiqin dan al- Muqarrabin.

Seseorang berazam dan bercita-cita melaksanakan puasa dengan berkesan; Pertama hendaklah berpuasa dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT kerana mengharapkan pahala dan reda-Nya. Kedua, perlu bermujahadah daripada melakukan ataupun menghampiri perkara menerbitkan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar. Ketiga, perlu bersabar dalam menghadapi keinginan diri dan godaan luaran yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Imam al- Ghazali juga menggariskan panduan bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang salih, seseorang perlu menyempurnakan enam perkara iaitu;

· Menundukkan pandangan dan menahan diri daripada melihat perkara tercela dan dibenci syariat dan melalaikan hati.

· Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya.

· Menahan diri daripada mendengar perkataan dibenci syarak.

· Menahan anggota tubuh daripada melakukan perkara haram seperti menahan perut daripada memakan makanan yang haram atau syubhah.

· Makan makanan halal berlebihan sehingga terlampau kenyang.

· Perlu timbul dalam hati, perasaan takut dan berharap agar puasa dilaksanakan diterima Allah SWT dan diampunkan dosa.

Bagi mencapai ibadah puasa Ramadan ini dengan lebih berkesan disarankan dan wajar sekali menuruti panduan di atas.

Thursday, August 28, 2008

Award ke-2

Let me spread the lurv...

This award is for those bloggers who are nice people. Good blog friends and those who inspire good feeling and inspiration also for those who are a positive influence on our blog world.

Once you've been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award..

Teman dapat award lagi ari nih..time kasih ler kat kak Kin dan iu...
so..teman pun nak kongsi gak ngan kengkawan Teman..Adleez,Azlina,izzizwa,Nik3H,Nurhanzs dan sesape juge yg ziarah blog Teman nie..Terimalah dari ku buat kalian semua yang sudi berkujung ke blog ku ini...

Wednesday, August 27, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah...Teman bersyukur ke hadrat Illahi....kerana masih
berpeluang menemui Ramadhan tahun ini..1429H...
Teringat Teman kat Arwah Mak...kalau bulan puasa..Teman
boleh call Mak siang aje...sebab bile dah berbuka dengan sedikit juadah..
Mak Teman sibuk bersiap2 nak ke Masjid....

Teman cukup kagum dengan semangat Mak Teman....
Puasa tahun lepas Mak Teman memang tak berapa sihat..
sakit jantung dan penat(asma)..semangat Mak untuk mengerjakan
solat terawih tetap kuat...sakit tak menghalang Mak dari tetap
mengerjakan solat terawih..malah Mak makin bersemangat...
Puasa sebulan penuh dan puasa 6 hari dlm bulan Syawal...

Teman cukup insaf mengenangkan semangat Mak Teman..
Dapat ke Teman jadi begitu bile dah tua nanti...Subhanallah.....

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini....Teman mengucapkan
selamat berpuasa kepada pengunjung2 blog Teman..Sama-samalah
kita meng'imarahkan bulan Ramadhan..Moga ibadah kita menjadi lebih
baik dari bulan2 sebelumnya...Insya-Allah....

Tuesday, August 26, 2008

Sukaneka Summer BBQ II '08

Lumba lari



Bawa bola golf dengan sudu

Summer BBQ II '08

Ahad, 24 Ogos...Lepas solat Subuh..Teman trus ke dapur..
Tugas Teman untuk BBQ kali nie ialah masak nasi...so
Teman dengan senang hatinyerr masak la nasi Biryani..

Dah siap masak Teman pun siap2kan diri dulu...
hajatnyer nak ke Car Boot kat Cannock...tapi bile tgk cuaca
yang mendung dengan angin yang sejuknyer bertiup..
Teman xjadi nak kejutkan anak2 Teman...sian pulak
kat Deme....nyenyak aje tido nyer...

So...kul 8 lebih Teman kejutkan anak2 dan siap2kan deme sume..
dalam pukul 9 pagi kami pun bertolak ler ke Cannock Chase Visitor
Centre...tempat berBBQ...

Sampai kat tempat BBQ lebih kurang pukul 10.05pagi...
dah ramai juge yang sampai...cuaca mulenyer nampak ok jer..
kejap mendung..kejap panas......

Suami Teman ngan rakan2nyer sibuk pasang khemah..
saling tolong-menolong menyiapkan khemah masing2....
Teman tertarik tengok sikecik nie...bile orang dok tolak batang besi tu..dia pun tolak juga..bijak..bijak..


boleh dikatakan ramai juge lerrr yang pasang khemah ari tu...
macam nak bercamping pulak...
time nie baru nak memule kan acara membakar...

Waktu para bapa sibuk membakar steak dan satay...
Haaa...dah start dah tu....

ibu2 melayan kerenah anak2 sewaktu sukaneka...anak2 enjoy dalam
sukaneka...
Nie anak2 Teman ngan kengkawan deme..Anas,Adib,Aisyah

tapi mase tengah seronok bersukaneka...hujan
turun...lebat juge..ape lagi...masing2 pakat masuk khemah lerrr...
Baru nak start sukaneka..

Fawwaz dah ready dah nie...bile nak mule nihh..

dah reda hujan...tuan naqib suruh makan...ape lagi..
pantang pelawa...sume pakat serbu meje lerr...
menu ari tu memang banyak..sampaikan Teman
pun tak tahu nak makan yang mana dulu...
ade 3 meja disediakan..

meja1:
menu nasi..nasi macam2 kaler ade..sebab lain2 chef..hehehh.
lauknyer..sedap2 belaka...masala,palembang,tomato...Teman paling suke
masala dan palembang...sesekali makan masakan orang...sedap betullll...

meja2:
Menu satay,steak,nasi impit,kuah kacang,sambal udang...
uuummmm...nyummmiiii...
Mase nie makanan banyak lagi yang belum sampai...ini aje yang sempat teman snap gambo..
meja3:
Menu kuih-muih seperti kek, popia, strawbery&grape chocolate,
buah tembikai, strawbery,air...dan sebagainyer..

Teman idak lerr ambik kesemuanya...bile tgk banyak sangat
makanan....Teman jadi xlalu nak makan...masa sebelum
datang bukan main excited lagi nak makan..ape tidaknyer..
selalu dok makan sendiri punye masakan...ini ler masenyer
nak rasa orang lain masak....hehehhh..

Anak2 Teman dok pulun tembikai....ishhh..merah betul isi
tembikai tuuu....anak Teman..Fawwaz..dok pulun yang
itu ajerr lerr...sampai kembung perut..pastu xlalu ler nak makan
nasi...satay ngan steak kegemaran dia...hanya pandang sebelah mata
ajerr....bebudak ler kate kannn....
Anak2 Teman excited betul nak dapat hadiah...sabo jer deme nunggu...

Lepas makan sambung acara sukaneka kanak2...pastu kuiz intuk ibu2..
Teman xjoin kuiz tu sebab masa tu Teman tengah solat Zohor...lepas tu
buat ape lagi ehhh...mmm...ishhh..lupe dah...mmm...yg Teman
ingat ade acara penyampaian hadiah...
Anis dapat hadiah...ehh..kena kongsi hadiahnyer tu Anis..

Ini ler hadiahnyerr....bukan main happy lagi dapat hadiah...

Fatih lak ambik hadiah...

Nie suke ke xsuke dapat hadiah...xhappy je nampak.. :):)

Fawwaz ambik hadiah..
Ini ler hadiahnyer...

pastu acara bergambar bagi
kaum Adam...kaum Hawa dah bergambo...Teman terlepas juga
sesi bergambo kali nie..huhuhhhhh...sebab masa tu Teman tengah solat
Zohor..
Kaum Adam bergambo...oleh kerana ramai ..maka kecik aje ler nampak muke nyerr...
fokus skit.....haaa..baru jelas...

akhir sekali acara meruntuhkan semule khemah...hehehh...
simpan masuk beg balik..sib baik panas...kalau tidak nak kene jemur
lagi...alahaiiiii...

Wednesday, August 20, 2008

Video klip PERKEMAS

ANIS SEDANG MEWARNA


FATIH MAIN BOLA


LUNCH TIME


KESIANNN DIAAA

PERKEMAS '08 - Part 3

17 Ogos, hujan masih turun..kekadang renyai2 aje..
kekadang..lebat..memang nampak gaya xberenti la hujan hari nie..

Pukul 9.30pagi...Teman kejutkan anak2 dari tidur...untuk bersarapan
pagi...pagi nie pihak urusetia masak nasi lemak dan sambal tumis kerang..
sedap betul sambal kerang..maklum ler semenjak duk UK Teman
belum pernah makan kerang...oleh kerana kami lambat ambik sarapan
dari khemah urusetia..maka dengan itu..makanlah kami sambal
kerang ngan nasi putih ajerr....huhuhhh

Lepas makan Teman siapkan anak2 dan berkemas2 untuk balik..
lepas siap kemaskan barang2 Teman tolong kak Za basuh
pingan mangkuk..pastu terdengar la pengumuman suruh berkumpul..
Pukul 10.30pagi semua peserta berkumpul untuk ucapan penutup ,
penyampaian hadiah dan sesi fotografi...first time mengikuti camping..
penat memang penat...tapi seronok sangat bila tengok anak2 bebas
bermain..menjerit sesuka hati... :):)...



Berakhirlah PERKEMAS(Perkhemahan Musim Panas) untuk tahun ini..
Insya-Allah jika ada kelapangan akan ikuti lagi PERKEMAS '09...

Selepas siap kemas khemah dan barang..kami berangkat ke Durham
(sebutannya Darum)..rumah kawan suami Teman (Amir Ngah)..tak jauh dari
tempat perkhemahan..kurang lebih 30minit perjalanan....
Sampai dalam keadaan kasut yg kotor dan basah membuatkan
Teman xselesa..Lepas solat jama' zohor & asar..kami dijamu ngan
nasi briyani..cadangnya nak tidur semalam ..tapi memandangkan
nak memunggahkan kembali barang camping yang tlh dipadatkan
sepadatnya dalam bonet kete..maka kami bertolak balik ke Birm
dalam pukul 5petang..

Sebelum balik sempat juga Na(isteri Amir)
bekalkan kami dengan nasi ayam..untuk makan malam katanya..
Alhamdulillah..rezeki..kalau tak..nak kena singgah kedai Big John
ler beli kebab..sampai umah dalam pukul 8.30malam...
Semua barang kami kluarkan dari kete..Alhamdulillah..semua dah
settle..tinggal nak mendobi aje...sampai skrg..tak habis2 lagi
membasuh kain..alahaiiii....

p/s: Nak tgk lebih banyak gambo klik kat sini

PERKEMAS '08 - Part 2

16 Ogos..seawal jam 4.30 pagi kami bangun untuk solat subuh..
Teman solat dlm khemah aje..suami Teman berjemaah bersama
dengan rakan-rakannya yang lain..lepas solat subuh..ada kuliah
subuh yang disampaikan oleh Ustaz Mazrul..

Lepas solat Teman bersarapan ngan group manchester.. nasi impit,
kuah kacang dan satay...sarapan yang pihak penganjur sediakan
untuk pagi tu ialah roti dan cereal...so..sepanjang perkhemahan
nie..kami xberlapar ler..ade je makanan yg dapat mengisi perut nie..
hehehh..

Lepas sarapan pagi..maka bermula la program untuk anak2..anis dimasukkan
dalam program untuk nursery..Fatih dan Fawwaz masuk untuk
program Perhimpunan Tunas Taqwa(PTT)..Aktiviti untuk fatih dan fawwaz
lebih bersifat keilmuan...oleh kerana ini pertama kali mereka
mengikuti program seumpama ini maka..terpinga2 juga la pada mulanya..



sementara menunggu penganjur menyediakan makanan tengah hari..
ibu2 duduk bersama sambil berta'aruf..saling kenal-mengenali..

Aktiviti dihentikan seketika untuk memberi ruang peserta mengisi perut..
menu tengah hari ialah nasi putih,sup ayam,ayam bakar dan salad...
anak2 diberi makan dulu..kemudian ibu2 dan seterusnya para bapa2..

Selepas solat Zohor..aktiviti untuk ibu2 le pulak...Teman tak join..
sebab terlajak tido..sedar2 game dah mule..sape suruh tido..hehehh..
pukul 7petang bermula lah acara pertandingan BBQ...
Biasa ler..Teman join group Manchester ler..mm..tak menang pun..
tapi best sangat hari tu...anak2 la yang paling happy..
dapat bermain sepuas2nya..berlari ke sana ke sini....

Inilah khemah kami...
Malamnya..anak2 tidur awal..Teman pun tido awal gak..ape tidaknyer..
hujan dah mula membasahi bumi setelah panas disiang hari...
"Hujan..oh..hujan...kenapa engkau turun.."..Rahmat Allah... :):)
cuaca sangat baik siang hari...bila malam hujan renyai2 mulai turun..
Alhamdulillah..semua aktiviti dapat dilaksanakan siang harinya..
Hujan berlarutan hingga ke pagi...menitik2 juge ler masuk dalam khemah
Teman...tapi Teman ngan family nyenyak jer tido..sebab walaupun hujan..
kesejukan tak terasa sangat...

PERKEMAS '08 - Part 1

15 Ogos, jam 5 petang..kami bertolak ke Dalton Piercy,Hatlepool...
dengan berkonvoi 5 buah kete..tapi belum sampai separuh perjalanan
konvoi berpecah..masing2 kena ikut tom-tom sendiri...maklum saje la..
traffic light ngan kesesakan di jalan raya...

Sampai ke tempat perkhemahan dalam pukul 7 petang..cuaca pun
dah mula mendung..tanpa berlengah kami pun memulakan
tugas memasang khemah..oleh kerana xde pengalaman pasang
khemah...maka dengan itu dari 15 minit pasang khemah dah jadi 1 jam..
Alhamdulillah..siap juge ler khemah kami..dengan dibantu oleh ikhwah2
yang berhati mulia menghulurkan bantuan..

Dah siap pasng khemah..Teman pun mule ler angkut barang2 masuk khemah
..anak2 Teman bukan main suke lagi..maklum ler 1st time dtg camping..
Suami Teman pulak tolong geng konvoi siapkan khemah diaorang pulak..
biasa la..kena saling bantu-membantu & kenal-mengenali..itulah salah
satu tujuan PERKEMAS...

So..siap aje sume pasang khemah..hari pun dah gelap..kami pun isi perut dulu
sebelum hari menjadi lebih gelap gelita...dalam suasana gelap tu masing2 pakat
capai aje ape yg nampak..Alhamdulillah semuanya berjalan dlm keadaan baik..
Teman siapkan anak2 utk tidur..anak2, Teman pakaikan 3 lapis baju tidur..
untuk elakkan anak2 dari kesejukan..tidur dalam sleeping bag beralaskan
airbed...mmm...nyeyak la kome.....

Tuesday, August 19, 2008

Day Out In Manchester

15 Ogos, jam 6.30 pagi kami bertolak dari Birm ke Manchester...
ke rumah kawan (Kak Za & Muhalim). Alhamdulillah..perjalanan
dipermudahkan Allah s.w.t. ..kami sampai kurang lebih pukul 8.30 pagi.


Sempat juga la anak2 bergambar dihadapan rumah Kak Za.
Cantik rumah kak Za...pandai betul kak Za menghias rumah...rasa tenang
je duk dalam rumah dia..Barangan kristal dan porcelain menghiasi kabinet
hiasannya...


Selepas sarapan pagi..kami ke Stadium Manchester United(MU).
Kebiasaannya bila ke Manchester..tempat yg orang suka nak pegi,
kat sini la...Ramai juga pelawat yang datang ke sini..terutamanya
rombongan pelajar sekolah yang sebahagiannya fanatik dengan
MU nie...dari jauh lagi dah nampak..merahhh ajerk.. :):)

Mengabdikan kenangan dihadapan Stadium Manchester United...
Kami masuk ke kedai cenderamata dulu..biasa la..Teman nak menambahkan
koleksi Fridge Magnetic ....bagi menandakan yang kami dah sampai..
hehehhh...macam la dalam gambo xde...:):)

Logo MU, barisan pemain MU dan pemandangan stadium adalah antara
kenangan2 yang sempat dirakamkan....xde ler banyak tempat sangat pun..
itu ajerk yg ade...pusing stadium ambil gambo sikit2..pastu balik...

Ini ler barisan pemain MU..tah sape name pun Teman xtahu...sebab Teman nie
bukan kaki bola..kalau adik Teman sungguhhh...nie saje nak kasi dia jeles...hehehh.

Antara pameran2 sekeliling stadium...


Walaupun hanya ini je tempat2 nyerr..banyak juga ler gambo yg suami Teman
snap masa dok berjalan2 sekitar stadium..so kalau nak tgk gambo lain boleh
ler klik kat sini

Friday, August 8, 2008

MAZA _27Rejab

Siri 1




Siri 2

Wednesday, August 6, 2008

Award



first time Teman dapat award nie..dari iu( http://iurf.blogspot.com/ )..mmm..xreti nak wat cam iu(klik kat nama pastu trus masuk link)..budak baru belajo..hehh..iu nie cikgu cyber Teman dari German..dulu Teman blajo ngan cikgu Gee dari Coventry..Trime kasih bebanyak sebab bagi tunjuk ajar...mari kita tgk siapa pula yg kena.. :):)..

1. adleez - http://ibulieza.blogspot.com/
2. aneesa - http://anissakyra.blogspot.com/
3. katak-ayu - http://www.cutefrog78.blogspot.com/
4. jhazkitaro - http://jhazkitaro.blogspot.com/
5. naznah - http://www.besuti.blogspot.com/


It has been done according to the following rules:

1. The winner may put the logo on her blog.
2. Put a link to the person you got the award from.
3. Nominate 5 blogs.
4. Put links to the blogs.
5. Leave a message for your nominees

mmm..nie homework hujung minggu ye..hehh..

Saturday, August 2, 2008

Summer Trip '08(4) - LEGOLAND WINDSOR

Rabu, 30 Julai...jam 7.30 pagi kami bertolak dari Wivenhoe ke Legoland Windsor...
Perjalanan mengambil masa kurang lebih 2 jam...
anak-anak tidur sepanjang perjalanan...bagus juga..bila sampai nanti dah segar..so boleh main sepuas-puasnya...

Kami sampai dalam kul 10 pagi...Alhamdulillah..tak banyak halangan dalam perjalanan ke Legoland...Masa beli tiket pun kejap je beratur...nampak cam tak berapa ramai orang..
tapi bila masuk...huuuhhhh...berduyun-duyun orang kat dalam tu..sume nyerr tengah nunggu giliran nak main...adussss....beratur panjang rupenyerrr..

Kami pun beratur juga lerr...beratur saja dah ambil masa kurang lebih 45 minit..main nye...tak sampai 10 minit pun...huhuhuhhh..beratur lebih lama dari main...walaupun hari tu weekday...oleh kerana cuti sekolah..maka dah jadi macam weekend lerr...
Spinning Spider



Kami tak sempat main sume permainan...masa tak cukup..dan ada yang tak sesuai untuk anis...
so..main yang sesuai untuk anak2 je lerr...teringin gak nak naik The Dragon..nie macam roller coster..tapi memandangkan tak sesuai untuk anis..maka kami naik anak dragon je ..hehehh..namanya Dragon Apprentice(DA)...naik anak dragon pun boleh tahan juga lajunya...turun aje dari DA nie badan rasa melayang-layang ..pening-pening lalat..hehehh... :):)..

Lepas puas main..dalam kul 6ptg..kami melawat sekitar miniland...Fatih cukup suka tempat nie...macam real je suasana miniland nie..dengan boat yg bergerak menyusuri sungai..kereta yang bergerak mengelilingi miniland..orang yang berkawad...kusyuk benar Fatih meneliti miniland nie...

Kul 7ptg..pengumuman suruh balik dah kedengaran.. :):)..tak reti2 nak balik..dah tulis kul 7pm tutup..masih ramai lagi yg berlegar2 dlm legoland...termasuk la kami...hehehhh...

Bersiap sedia untuk pulang ke Birmingham...Terima kasih tak terhingga kepada Wie & Kamal yang menyediakan tempat tinggal 3hari 3malam..menyediakan makanan..menjadi pemandu pelancong..hihihihh..Terima kasih daun keladi...

Berakhir la sudah Summer Trip this year...next year???... :):)

p/s: nak tgk video klip legoland klik sini