Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label Iqra'. Show all posts
Showing posts with label Iqra'. Show all posts

Friday, August 8, 2008

MAZA _27Rejab

Siri 1




Siri 2

Tuesday, July 8, 2008

Buku himpunan wasiat Rasulullah pedoman Muslim harungi kehidupan

HIKMAH adalah kecerdasan, mendapat petunjuk kebenaran, perkataan dan perbuatan yang benar tidak ada unsur lain di sebaliknya, inilah iman yang sebaik-baik bentuknya, keredaan pada setiap makna tersirat di dalamnya.

Insan memiliki hikmah dan tetap dikenang ialah Rasulullah SAW yang dibuktikan pada setiap langkah, ucapan serta perbuatannya yang terpancar sifat al-Quran dalamnya, dapat dilihat oleh semua.

Buku Wasiat-Wasiat Rasulullah SAW karya Dr Muhammad Bakar Ismail yang dihasilkan dalam tiga jilid adalah himpunan sinar hikmah Rasulullah SAW dapat menyinari mereka yang mencari hikmah.

Wasiat yang dimaksudkan dalam buku ini ialah sabda Baginda SAW mengenai sesuatu perkara serta hujah ayat al-Quran, makna wahyu daripada Allah diturunkan kepadanya dan disaksikan oleh ramai manusia yang mengikut ajaran dibawanya.

Perkataan, perlakuan, malah diam Rasulullah SAW menjelaskan pelbagai maksud dan pengajaran yang banyak membantu umat Islam memahami ajaran agama. Apabila semua sifat itu dikumpulkan, kesimpulan dapat dibuat ialah Baginda SAW adalah sebaik-baik ciptaan Allah.

Daripada Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah dan pada kedua-duanya ada kebaikan, berusahalah (melakukan amal) yang bermanfaat bagimu, minta pertolongan kepada Allah dan jangan lemah, jika ada sesuatu yang menimpanya, maka katakanlah, “Ketentuan Allah dan Dia Maha melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya kata jika membuka amal syaitan.”

Hadis ini adalah satu wasiat bernilai tinggi dan mulia yang sangat diperlukan seorang Muslim dalam mengharungi kehidupan di dunia.

Pesanan wasiat ini mengandungi beberapa pedoman pendidikan serta pengajaran baik yang bersandar kepada al-Quran. Mukmin yang kuat yang dimaksudkan adalah mereka yang kuat keimanan kepada Allah, kuat menegakkan kebenaran dan kuat menghadapi cabaran.

Sebanyak 199 wasiat Rasulullah SAW dihimpunkan dalam tiga buku untuk dijadikan panduan Muslim supaya apabila berhadapan dengan keadaan tertentu, mereka boleh merujuk kepada kata nasihat atau tindakan diambil Rasulullah dalam usaha menanganinya.

Seperti nasihat Baginda SAW supaya menjauhi buruk sangka (wasiat 138) kerana hukum Islam berdasarkan atas kebenaran dan keyakinan bukan berdasarkan dugaan atau perkiraan. Kaedah Islam meliputi akidah dan syariah berdasarkan kepastian bukan keraguan, perbezaan atau pertentangan.

Dasar kepada kaedah itu ialah firman Allah bermaksud: “...sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran...” (Surah an-Najm, ayat 28)

Nasihat Rasulullah SAW supaya meninggalkan sesuatu yang ragu kerana ia menghancurkan. Kebenaran memantapkan agama, menenangkan hati dan mententeramkan jiwa sedangkan dusta adalah lawan kebenaran.

Setiap wasiat dalam buku Wasiat-Wasiat Rasulullah SAW dijelaskan melalui keterangan ayat al-Quran serta hadis supaya pembaca dapat memahami kenapa larangan itu dibuat serta faedah daripada suruhan digalakkan kepada mereka.

Selain menjadi panduan, isi kandungan himpunan wasiat Rasulullah SAW mampu membuka minda serta hati untuk menilai diri kemudian melakukan perubahan supaya setiap langkah, kata serta tindakan dilakukan menuju ke arah keredaan Allah.

Mungkin ada berfikiran mustahil untuk menjadi sehebat Rasulullah SAW, tetapi sekurang-kurangnya hasrat menjadi insan yang mempunyai hikmah dapat dicapai apabila ada kesungguhan memenuhi setiap wasiat Baginda SAW.

Wednesday, June 18, 2008

Perbincangan pelbagai aspek hadapi sakaratul maut

Tajuk: Ringkasan Tazkirah Al-Qurtubi
Penulis:
Syeikh Iman Abdul Wahhab Asy-Sya'rani
Penerbit:
Berlian Publications Sdn Bhd
Pengulas:
Jami'ah Shukri

KEMATIAN adalah satu perkara yang pasti kepada semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi. Mengingati kematian perlu untuk menjadikan seseorang itu lebih mendekati diri dengan tuhan dengan memperbanyakkan ibadat dan menjauhi segala kemungkaran.

Namun, umat Islam tidak boleh mengharapkan kematian hanya kerana sudah putus asa dengan kehidupannya, sebaliknya ia doa ke arah itu dibolehkan sekiranya dirinya khuatir agamanya akan hilang dari dirinya.

Di dalam buku tulisan Syeikh Iman Abdul Wahhab setebal 532 ini, mencoret pelbagai isu kematian mencakupi apakah amalan diwajib, harus, makruh dan haram dilakukan mengenainya, bagaimana berhadapan dengan sakaratul maut, tanda kematian, menguruskan jenazah dan apa yang terjadi selepas kematian.

Huraian setiap isu dibincangkan juga diselitkan dengan Firman Allah dan hadis sebagai pengukuhan kepada setiap kejadian itu.

Justeru, ulama berpendapat kematian adalah balasan kepada setiap Muslim sama ada ia berlaku dengan sakit dan penuh derita pada saat kematian itu atau dicabut nyawanya dalam keadaan mudah dan tenang.

Yang nyata, apabila dosa seseorang mukmin belum diberi ganjaran, Allah akan menyukarkannya ketika sakaratul maut sebagai ganjaran dosanya sebelum darjatnya ditempatkan di dalam syurga.

Bagi orang kafir, apabila ia melakukan perbuatan baik di dunia, maka ia akan dimudahkan ketika menghadapi sakaratul maut, hingga sempurna balasannya perbuatan baiknya di dunia dan kemudian di masukkan ke dalam neraka.

Perkara akhir dianjurkan kepada orang yang menghadapi kematian ialah ajarkan mengucap sekurang-kurangnya sekerat ayat "tiada tuhan selain Allah".

Pada masa sama, ulama menganjurkan supaya ada orang yang alim dan soleh ketika menziarahi kematian seseorang, bagi memastikan dirinya dapat mengingati orang lain yang menyaksikannya untuk bertaubat, selain mendoakan jenazah terhadap perkara yang baik.

Amalan yang baik kepada umat Islam ketika menziarahi kubur ialah dengan membaca al-Fatihah dan surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali, pahalanya akan diberikan berganda kepada orang yang mati.

Setiap kebaikan yang dilakukan itu menjadi sedekah kepada mereka.

Bagi orang yang salih sebaik saja dikebumikan, amalan salihnya akan datang menemani dan menjaganya, kemudian datang malaikat pengazab kubur dari seisi kedua kakinya.

Sudah pasti mereka yang salih tiada azab dikenakan sebaliknya terus menjadi Muslim yang suci ketika hidup dan matinya.

Di dalam buku ini, turut dijelaskan dengan mendalam mengenai tanda hari kiamat termasuk kewujudan dajal dan sifatnya, ya'juj dan ma'juj , sifat binatang melata, terbit matahari dari barat dan penutupan pintu taubat.

Sesungguhnya, sebagai umat Islam memperingatkan kematian itu adalah yang terbaik supaya dapat kita menjalani kehidupan yang terbaik di dalam Islam ke arah menjamin keberkatan dan kebahagiaan di akhirat.