Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 2, 2008

Summer Trip '08(3) - Day Out In Colchester

Selasa, 29 Julai...kurang lebih jam 10 pagi kami ke bandar Colchester dengan menaiki kereta.
Perjalanan tak mengambil masa yang lama..kata Wie inilah tempat shopping diaorang yang paling dekat dengan Wivenhoe.

Bandar Colchester tidaklah terlalu besar..tapi cukup selesa bagi Teman yang tak berapa suka tempat yang terlalu ramai orang...tak rimas mata memandang...

Sampai di bandar Colchester..tempat pertama yang kami pergi ialah Colchester Castle Museum.
Kami tak masuk pun Castle tu..sebab berbayar.. :):)...cuma bersiar2 di taman-taman bunga sekeliling castle...geram tengok bunga-bunga yang sedang mekar...Bunga matahari yang kembang mekar berdiri megah menghala matahari ...bunga lavendar yang harum segar merimbun cukup membuatkan hati terpana dengan keindahan taman itu...Subhanallah...


bunga warna purle tu la bunga lavender..




Kami teruskan perjalanan menuju ke Natural History Museum...free admission :):)...Museum nie mempamerkan serangga2 dan beberapa jenis haiwan...pastu kami berjalan-jalan sekitar street kat situ...




Kemudian kami ke Tymperleys Clock Museum....Museum nie mempamerkan jam yang dibuat di Colchester...jam-jam antik masih cantik dan sebahagiannya masih berfungsi...Asalnya ini adalah koleksi sorang mat saleh..pastu rumahnya dijadikan museum jam...mmm..Teman nie idak lerr berkenan sangat jam2 yang begitu..sekadar tgk boleh lerr...

Balik dari bandar Colchester kami ke Mc Launchlans Fruit Farm...
Kat sini merasa la petik strawberry dan raspberry sendiri...masa petik buah kami dibenarkan makan buah2 nie...tapi idak lerr pulun sesungguh...karang..bankrup pulak tuan punya farm nie ...hehehh..Fawwaz paling happy masa kat sini...sampai sengget-sengget kepala bawak bakul buah strawberry...hihihihh

pastu ke rumah kawan Wie..Amal & Nazri...minum petang kat umah diaorang...Fatih,Fawwaz,Anis,Sofia leka bermain ngan Nair & Walaq(anak Amal)..
sembang punya sembang..sampai tak sedar hampir 4 jam duk umah diaorang..hehehhh...
Fawwaz, Nair, Fatih

Kami kemudian ke Hutleys Beach Caravan Park....tgk pantai kat UK...mmm...Hutleys Beach ni macam pantai kat belakang umah abah Teman je...tak la cantik sangat..biasa-biasa jer...tapi merasa la tiupan angin yang kesejukkan nya sampai terasa ke tulang.....

Pulang ke rumah..sampai dalam kul 9 malam...makan KFC yang dibeli oleh Amal & Nazri masa diaorang gi Paris...pastu tidurrrr...merehatkan diri untuk perjalanan seterusnya pada esok hari...

p/s: nak tgk video klip Colchester klik sini
dan sini

Thursday, July 31, 2008

Summer Trip '08(2) - DAY OUT IN LONDON

28 Julai, jam 8 pagi kami bertolak dari Wivenhoe ke London menaiki Train..
Anak2 Teman bukan main suke lagi bile dengar nak naik train...bangun pagi senang jerr..sebut je train...elok aje buka mata...yang paling excited sekali..Fawwaz ler..kul 6 pagi dah bangun... bile suruh tido dulu..dia tido..selang 30minit bangun sambil sebut.."nak naik train kan ibuuu.." :):)



perjalanan dengan train ambil masa kurang lebih satu jam...mula2 naik seronok tak terkira lerr Fatih,Fawwaz,Anis...dah lama skit dlm train..mula ler bosan...asyik nampak pokok je... :):):)


Turun kat London Liverpool Street ..kami naik tube pula..turun kat mana???...mmm..entah lerr..dah tak ingat...banyak sangat stesen yg kami singgah... :):)..

yang pasti London Tower bridge, London Eye, Buckingham Palace dan Malaysia Hall London dah kami jejaki.....


Cuaca masa gi London???..Panassss....huhuhhhh..membakar rase kulit nie.....balik umah bila Fatih Fawwaz buka baju..masih nampak cam pakai baju...hehehhh..berbelangggg...Air minum jangan cakap lerrr...bergelen2 minum..hehehhh...berde'ah je....takde lerr sampai bergelen....tapi berbotol2 jugak lerr...mana taknya...berjalan kaki dengan keadaan cuaca yg panasssss...



Syukur Alhamdulillah...anak2 teman sihat ...teman bagi deme minum air secukupnya...memang teman bersyukur sangat atas kurniaan Nikmat kesihatan tubuh badan dan urusan yang dipermudahkan oleh Allah s.w.t. ...



Singgah di Buckingham Palace...dengan harapan dapat masuk dalam Palace dan bergambar ngan pengawal kat atas nie...tapi..salah hari la pulak...sebab..Buckingham Palace dibuka untuk umum esok...mmm...tak kisah lerr ye...dapat bergambar depan pintu pagar pun ok je...
ramai gak orang datang melawat Buckingham Palace nie yer....


kat London Eye...lalu aje...tak naik pun...mahal gak rasanya nak naik London Eye...



berdekatan London Eye ada ler padang...Mat dan Minah saleh punya la ramai menjemurkan diri kat sini...sesekali jumpa panas agaknya...kami pun tumpang sekaki berhenti makan kat padang tu...lepas makan cepat2 kami sume sambung berjalan....takut tak habis menjelajah pulak...


Tempat seterusnya ialah Malaysia Hall London...kami singgah solat sambil merehatkan diri dan meregangkan kaki...hhuuhuhhh...penat berjalan...sementara nak meneruskan perjalan balik Wivenhoe...Masuk je dalam Malaysia Hall dah bau masakan Malaysia dan kedengaran suara2 org utara...

Kluar dari Malaysia Hall naik tube balik ke Liverpool Street...oleh kerana kami beli tiket "off- peak"...maka menunggu la kat liverpoool street lebih kurang sejam....mencari2 kerusi utk duduk...hhhmmm...hampehhh..takde kerusi utk diduduki..patut la tak nampak mat saleh melepak...hheheehh...last2 kami melepak la kat tepi 'esculator'...

Bila dah naik train utk balik Wivenhoe...masing2 lega dapat duduk kurang lebih sejam dlm train...dapat la merehatkan kaki setelah berdiri sejam kat street tadi...

Sampai rumah...Teman mandikan anak2 ngan air biasa je..bukan air suam...anak teman masing2 nak mandi air sejuk...maklumlah...seharian bermandikan panas dan berbedakkan debu...lepas mandi...badan dah segar...baru selesa tido...

Anak2 teman tido awal..masing2 dah keletihan...
Syukur Alhamdulillah...segala urusan pada hari itu dipermudahkan Allah s.w.t.

p/s:utk tgk video klik sini

Summer Trip '08 (1) - TRAVEL TO ESSEX

27 Julai ,jam 4 petang kami bertolak ke Essex rumah Wie & Kamal. Jam juga kat motorway..tempatnya tak tahu la pulak..sempat juga ambil gambo nie..



Sampai Wivenhoe kurang lebih kul 8pm..Alhamdulillah perjalanan teman se'family' dipermudahkan Allah s.w.t. . Anak2 bertanya juga..

"lama lagi ke nak sampai umah Sofia, Ibu" tanya Fatih.

Oleh kerana 3,4 kali dia bertanya soalan yang sama..teman pun suruh dia dan adik2 nya berzikir..
diaorang pun berzikir la adik-beradik hingga sampai umah Sofia(anak Wie&Kamal)...
Bila dah sampai dengan seronoknya Fatih cakap...

"ibu...Masa dalam kete Fatih zikir..pastu dah sampai cepat umah Sofia.."...

Teman pun senyum aje dengar dia kata gitu...masa Teman suruh anak2 teman zikir..lagi 30minit jerr nak sampai umah Sofia..hehehhh... :):)..



Perjalanan ke umah Wie... Alhamdulillah..mudah aje...ikut je ape kata "Cik Tom Tom"
...Insya-Allah sampai...pastu kena berdoa juga...sebab jika tidak kerana Rahmat Allah s.w.t.
tentu tak semudah yang disangka...sebelum nak sampai Winvenhoe...keliru juge ngan roundabout dalam roundabout...mmm...boleh faham ke mike?

....Teman ngan suami pun keliru gak...kecut perut gak lerr bila sampai sini...pertama kali jumpa...dalam 1 roundabout besar ada 2 atau 3 roundabout kecik (kalau tak silap lerr)..sebelum tu memang Wie dah beritahu..tapi teman ambil mudah aje...bile dah jumpa..haa...redah aje lerr..nasib baik suami teman nie teror..hehehh...

Inilah rumah Sofia...bergambar kenangan depan umah Sofia..Sofia nampak mesra ngan anak2 teman...tambah2 ngan Anis...Sofia ngan Anis sebaya...cuma beza umur beberapa bulan jerr..
Masa kat Malaysia pun deme dah duk nursery yang sama...so..masing2 dah kenal ler sebelum nie..

Inilah aksi anak2 teman dan Sofia yang sporting...Teman suruh diaorang semua buat aksi skit...nie dia... gaya kanak2 riang... :):):)

teman ngan suami pun ambil peluang bergambo depan umah Sofia...

Anak2 bergambar kenangan dalam bilik Sofia...

Wednesday, July 30, 2008

Legoland Windsor -







Salam Israk Mikraj

Nabi sedih ramai wanita penghuni neraka

Oleh Masmawi Abdullah

Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika israk mikraj

SAIDINA Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."


Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Tuesday, July 29, 2008

Hutleys Beach Caravan Park

FRUIT PICKING at Mc Lauchlans

Monday, July 28, 2008

Day Out in London

Thursday, July 24, 2008

Teman Sepermainan





Wednesday, July 16, 2008

Happy besday Anis Mukhlisah...

Hari nie hari jadi Anis...
Bila dia nampak ibu buat kek dia tanya..
"nie kek besday Anis ke ibu??.."
Nie dah kali keberapa dia tanya pun tak tahu lerr..
Anis excited sangat ngan besday dia...
sepanjang masa buat kek besday...dia dok ngadap je...kek masih dalam
oven pun asyik dok ulang tgk...
sambil menyanyi...
"happy birthday Anissssss..happy birthday Anisssss..."

"Anis Mukhlisah=teman yang manja dan ikhlas"

Anis dah agak matang bila usia menjangkau 4 tahun...

Bila bangun pagi dia mesti kemas tempat tidur dia dulu sebelum keluar bilik..
dan dia paling marah kalau orang lain duduk kat katil dia...
sebab nanti cadar dia tak tersusun elok...

Bila suruh baca Iqra'..dah tak liat nak membaca..
kalau dulu..macam2 alasan dia kasi agar dia xpayah baca iqra..
Alhamdulillah lagi 3 ms habislah buku Iqra' 1...

Bila kuar umah mesti pakai tudung...
Alhamdulillah..bila kuar umah dia xlupa untuk pakai tudung..

Moga menjadi muslimah Solehah..Insya-Allah...


Tudung nie ada seorang mbak yg kasi...mbak nie jual tudung indonesia..saje ler teman tanya kot2 ade jual tudung tuk bebudak..malangnya dia hanya jual tudung dewasa aje...pastu dia kasi aje tudung anak dia...free..teman segan gak nak ambil..takut anak dia xde tudung pulak...
oleh kerana dai beriya-iya suruh ambil..teman pun ambil ler...moga Allah kurniakan ganjaran pahala yang besar utk mbak nie...Aminn..









kek besday kena buat sama ngan abg2 dia...kalau tak...ade pulak yang mengamuk nanti...heheh..
bebudak...sama lerr bila beli mainan..dia nak yg sama gak...adusss....


Berlakon suap Abg Fatih makan kek....


Suap Abg Fawwaz lak..

Suap kat ayah kek...Anis pulak yg ternganga..hehehhh

Sampai la turn ibu suapkan anis kek...

Selamat Hari Jadi Anis...
Moga menjadi anak yang solehah...