Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, September 25, 2008

Salam Aidilfitri...


Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini

Wednesday, September 10, 2008

Gift from Izz


thanks izz sebab sudi share hadiah ini..
Actually..Teman nie lame dah xbuka blog sendiri nie...
anyway thanks again..
So Teman kasi hadiah nie kepada
sesape jer yang singgah blog Teman..
harap sudi terima


Wednesday, September 3, 2008

3 Ramadhan 1429H

Lepas solat subuh dan tadarus skit..Teman trus ngadap komputer...
Teman nie pantang tgk komputer nie 'on'...asal 'on' jer..mesti berjam2
ler Teman melekat dat depan komputer nie..Lepas call Malaysia..
Teman trus ziarah kawan2 alam maya Teman nie...oleh kerana
lama dah xziarah blog Teman seperjuangan...maka banyak ler
skit citer kengkawan nie..pastu jumpa lak blog Teman2 baru...
maka tambah ler lagi jam nyer...hehehhh..

Ari nie turn Teman memasak untuk kawan yang baru jer
bersalin minggu lepas...kat Birmingham nie bile ade orang yang bersalin..
maka lepas itu akan keluar ler jadual memasak untuk 2 minggu...
Dah dok jauh dari family..so..kengkawan Malaysia ler sedara paling rapat
kat sini..itu yang bagusnyer ukhuwwah yang dibentuk oleh warga Malaysia
yang dok di Oversea nie...susah senang sama2 dirasai..

Di Birmingham nie ramai jugak ler family dari Malaysia...mm..ade yang kata
kurang lebih 30 family..ade yang kata kurang lebih 80 family...
entah ler yang mana yang betul..tapi yang pasti memang ramai..
sampai Teman sendiri tak buleih nak ingat nama2 mereka nie...
yang mana slalu dok jumpa Insya-Allah melekat juga ler nama
diaorang dalam ingatan Teman nie..kadang2 tu Teman sembang
ramah bebenor..tapi nama deme???..hampehhh..tak ingat..tapi
muka masih boleh cam lagi ler...kengkadang kena tebalkan muka juga
ler bertanya..kenapa tebalkan muka???..sebabnyer Teman dah banyak kali
tanya..tapi masih tak melekat dalam ingatan Teman nie..
nampak gaya Teman nak kena buat autograf ler...lekat gambo dan tulis
nama kat sebelah..hehehehhh..

kesimpulannya...masa berta'aruf kena tumpukan perhatian dan buat catatan
(nie untuk org2 seperti Teman ler..yang mudah lupe..)..ehehhh...

Ok ler..Teman nak gi dapur dah nie...jangan lupa rebut 'sale' yang Allah
s.w.t. kurniakan dalam bulan nie..jangan dok ingat superstore jer ade sale yerk..
:) :) :)

Salam Ramadhan..

Tuesday, September 2, 2008

Tetap Bersinar Selama Ramadhan


  1. Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang
  2. Teruskan mencari mangsa seramai 5 org..(nak lebih pun takpe)
  3. Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka
  4. Lastly, jgn lupe tempek url korang sebelah url cikgujue tuh...

calon-calonnya adalah..jeng..jeng..jeng..

- neeza
- cikguBH
- Adleez
- izz
- katak_ayu

Selamat berpuasa... :):):)

Sunday, August 31, 2008

Cara atasi marah, panas baran

Bersama Jakim

SAYA seorang yang panas baran. Perkara yang kecil pun boleh menyebabkan saya menjadi sangat marah dan menjadi mangsa adalah isteri dan anak. Lebih teruk ketika marah, tangan saya seperti ringan hendak memukul atau menampar. Selepas marah hilang, saya selalu menyesal, terutama apabila melihat anak ketakutan.

Walaupun tahu sifat ini buruk dan memalukan, saya sukar mengatasi masalah ini.

Saya ingin meminta nasihat dan panduan untuk mengatasi masalah ini. Apakah pendekatan Islam untuk mengatasi sikap panas baran atau adakah ayat al-Quran tertentu yang boleh diamalkan.

Bapa garang,
Kuala Lumpur


Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

· Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

· Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) .

· Minum air.

· Mendiamkan diri ketika marah.

· Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

· Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

· Berfikiran positif.

· Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

· Bawa bertenang seperti menarik nafas.

· Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Berwuduk sebelum tidur elak gangguan syaitan

Bersama Jakim

ANAK saya yang berumur enam tahun mengadu takut tidur sendirian dalam bilik dan meminta saya menemaninya. Dia memberitahu sering bermimpi buruk dan takutkan hantu. Walaupun ada pendekatan moden untuk mengatasi masalah ini, saya ingin tahu cara Islam menanganinya. Apakah amalan yang perlu dilakukan sebagai orang Islam, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa sebelum masuk tidur.

Jawapan:


Berdasarkan hadis; dari Barra' Bin 'Azib bahawasanya Rasulullah bersabda: "Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwuduklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat..." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah mempunyai wuduk, maka tidak perlulah mengangkat wuduk lain, kerana maksud saranan itu sudah tercapai iaitu orang Islam perlu tidur dalam keadaan suci dikhuatiri maut menjemput pada ketika itu. Bersuci juga dapat menjauhkan diri daripada gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan takut ketika tidur.

Oleh itu, antara perkara diajar Islam sebelum tidur ialah:

· Mengambil wuduk

· Membaca zikir yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Saiditina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur hendaklah bertasbih sebanyak 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali.

· Membaca ayat Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan ke arah kaki sekadar capaian tangan dan diulang tiga kali.

· Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Nas serta al-Fatihah.

· Bermuhasabah di atas dosa-dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepada Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.

· Berdoa kepada Allah dengan berserah diri kepada-Nya antaranya doa yang bermaksud: "Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku mati dan hidup".

· Mengucap dua kalimah syahadah kerana dikhuatiri malam itu adalah tidur terakhir bagi kita. Moga-moga kalimah toyyibah itu menjadi kalimah terakhir dilafaz dalam perjalanan menemui Allah SWT.

Umat Islam juga diajar bagaimana menangani persoalan mimpi seperti diriwayatkan Abdullah bin Abu Qotadah bahawasanya Rasulullah bersabda: "Mimpi yang baik daripada Allah, sedangkan mimpi yang buruk daripada syaitan, maka apabila salah seorang di antara kamu bermimpi buruk hendaklah ia meludah ke arah kiri dan mohonlah perlindungan kepada Allah dari keburukannya, sesungguhnya hal itu tidak akan memudaratkannya". (Riwayat Bukhari Muslim)

Apabila bermimpi sesuatu perkara yang baik hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang yang menyukai, tetapi jika sebaliknya hendaklah memohon perlindungan kepada Allah, kemudian meludah ke arah kiri tiga kali, berpindah tempat, solat dua rakaat dan jangan menceritakan kepada seorang pun supaya tidak timbul andaian dan pandangan yang bukan-bukan yang boleh menimbulkan ketakutan atau keluh kesah.

Panduan laksana puasa secara berkesan

Bersama Jakim

SETIAP tahun umat Islam berpuasa sepanjang Ramadan. Saya bertekad menjadikan Ramadan kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini. Saya tidak lagi hanya mahu menahan lapar dan dahaga, tetapi masih melakukan perkara yang bertentangan dengan Islam, walaupun pada pandangan sesetengah orang, perbuatan itu hanya dosa kecil. Saya ingin berubah. Bagaimanakah saya boleh melaksanakan ibadah selama sebulan ini dengan berkesan.

Jawapan:

Puasa adalah ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mengenai puasa:

"Puasa ada tiga kedudukan : Puasa Umum, puasa Khusus dan puasa khusus al-Khusus. Puasa Umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi kehendak syahwat. Puasa Khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan daripada melakukan dosa. Puasa khusus ialah menahan hati daripada keinginan buruk dan tidak memikirkan sesuatu selain daripada Allah dan ini ialah puasa nabi, al- Siddiqin dan al- Muqarrabin.

Seseorang berazam dan bercita-cita melaksanakan puasa dengan berkesan; Pertama hendaklah berpuasa dengan penuh ketaqwaan kepada Allah SWT kerana mengharapkan pahala dan reda-Nya. Kedua, perlu bermujahadah daripada melakukan ataupun menghampiri perkara menerbitkan dosa sama ada dosa kecil atau dosa besar. Ketiga, perlu bersabar dalam menghadapi keinginan diri dan godaan luaran yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Imam al- Ghazali juga menggariskan panduan bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang salih, seseorang perlu menyempurnakan enam perkara iaitu;

· Menundukkan pandangan dan menahan diri daripada melihat perkara tercela dan dibenci syariat dan melalaikan hati.

· Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya.

· Menahan diri daripada mendengar perkataan dibenci syarak.

· Menahan anggota tubuh daripada melakukan perkara haram seperti menahan perut daripada memakan makanan yang haram atau syubhah.

· Makan makanan halal berlebihan sehingga terlampau kenyang.

· Perlu timbul dalam hati, perasaan takut dan berharap agar puasa dilaksanakan diterima Allah SWT dan diampunkan dosa.

Bagi mencapai ibadah puasa Ramadan ini dengan lebih berkesan disarankan dan wajar sekali menuruti panduan di atas.

Thursday, August 28, 2008

Award ke-2

Let me spread the lurv...

This award is for those bloggers who are nice people. Good blog friends and those who inspire good feeling and inspiration also for those who are a positive influence on our blog world.

Once you've been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award..

Teman dapat award lagi ari nih..time kasih ler kat kak Kin dan iu...
so..teman pun nak kongsi gak ngan kengkawan Teman..Adleez,Azlina,izzizwa,Nik3H,Nurhanzs dan sesape juge yg ziarah blog Teman nie..Terimalah dari ku buat kalian semua yang sudi berkujung ke blog ku ini...

Wednesday, August 27, 2008

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah...Teman bersyukur ke hadrat Illahi....kerana masih
berpeluang menemui Ramadhan tahun ini..1429H...
Teringat Teman kat Arwah Mak...kalau bulan puasa..Teman
boleh call Mak siang aje...sebab bile dah berbuka dengan sedikit juadah..
Mak Teman sibuk bersiap2 nak ke Masjid....

Teman cukup kagum dengan semangat Mak Teman....
Puasa tahun lepas Mak Teman memang tak berapa sihat..
sakit jantung dan penat(asma)..semangat Mak untuk mengerjakan
solat terawih tetap kuat...sakit tak menghalang Mak dari tetap
mengerjakan solat terawih..malah Mak makin bersemangat...
Puasa sebulan penuh dan puasa 6 hari dlm bulan Syawal...

Teman cukup insaf mengenangkan semangat Mak Teman..
Dapat ke Teman jadi begitu bile dah tua nanti...Subhanallah.....

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini....Teman mengucapkan
selamat berpuasa kepada pengunjung2 blog Teman..Sama-samalah
kita meng'imarahkan bulan Ramadhan..Moga ibadah kita menjadi lebih
baik dari bulan2 sebelumnya...Insya-Allah....

Tuesday, August 26, 2008

Sukaneka Summer BBQ II '08

Lumba lari



Bawa bola golf dengan sudu