Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, April 28, 2008

Sekitar sambutan birthday fatih

Sama seperti di Malaysia..sambutan birthday anak2 tak lebih
dari makan kek bersama ibu ayah dan adik-adik yg lain...cuma
yg bezanya..kalau di Malaysia..ayah akan belikan hadiah
untuk fatih..tapi kat UK takde la hadiah....sekurang2nya..
masih boleh makan kek jika nak dibandingkan dengan
orang miskin...Syukur alhamdulillah atas nikmat yang
dikurniakan Allah s.w.t. ...



Sunday, April 27, 2008

Happy Birthday Fatih

Hari nie genap usia Fatih 6 tahun..sekejap saja masa berlalu...Fatih dah makin besar..makin tinggi dan sebagai anak sulung Fatih dah semakin matang...


Thursday, April 17, 2008

Home Made Dadih




Dadih

Bahan-bahan ( 15-20 cup kecil )

* 1 liter air
* 1 liter susu segar
* 1 cawan gula
* 11 g agar2(setengah bungkus kecil)-rendam dulu 10 minit
* secubit garam
* perisa (jagung,strawberi,milo dll)

Cara-cara:

1. Masak air dgn agar2 sampai agar2 hancur. Pastu masukkan gula.Masak hingga
gula cair.Pastu tapis dan masak lagi.
2. Masukkan susu dan secubit garam. panaskan sehingga mendidih
dan kacau hingga sebati.
3. Tutup api dan tapiskan ke dalam bekas2 kecil(kalo nak masukkan perisa,
bahagikan dadih kepada beberapa bahagian dan tambahkan perisa). simpan di
dalam peti ais sehingga dadih menjadi pepejal.

Italian Pasta with Cheese


Teringgin nak beli cheese nak buat cheese cake..tapi tak buat2 juga..so nak memaksimumkan penggunaan..beli pasta..pastu tu jadi la Italian Pasta with cheese...ishhh..rase macam chef pulak teman nie...



Italian Pasta with Cheese

Bahan:
250 gm Italian Pasta(Rebus dan toskan)
1 cawan isi ayam(hiris ikut suka)
1/2 bj bawang besar(potong dadu)
1 ulas bawang putih(tumbuk)
1 s/t lada hitam(@sesuka rasa)
2 s/b spread cheese
sayur brokoli,bunga kobis,lobak merah,cili merah,tomato] ikut suka banyak mana
Garam sesedap rasa

cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing.
2. Masukkan ayam,bila isi ayam dah agak masak masukkan semua sayur kecuali tomato dan cili merah.Tutup kuali sebentar agar sayur masak rangup.
3. Masukkan pasta,cili merah,cheese dan garam. Gaul rata.
4. Bila dah rata cheese dan pasta,masukkan tomato.
5. Hidangkan masa masih panas.

Kerabu Epal Hijau


Masa lunch kat umah Kak Asnita ari tu..first time rasa kerabu epal hijau dan dapat lihat cara menyediakannya...simple je nak buat dan sedap pulak tu...nak ubah selera..so hujung minggu gi la beli epal hijau kat Asda.



Kerabu Epal Hijau

Bahan:
2 biji epal hijau(potong memanjang macam dalam gambar)
1 biji cili merah dihiris( nak berasap lagi letak cili padi)
1/4 bawang besar(hiris)
daging (ikut suka banyak mana,tak letak pun sedap juga)
2 s/b gula ]
2 s/t garam ] @ sesedap rasa
perahan air limau]

Cara;
1. Rebus daging hingga empuk.
2. Bila dah empuk hiris nipis dan gaul dengan semua bahan2 yang lain.
3. Suaikan rasa dan hidangkan.

Nasi Bukhari Ayam



Teringin nak makan Nasi Bukhari so mula la cari dlm fp kak Hanieliza...Alhamdulillah menjadi..suami dan anak2 pun suka...Trima kasih kak Hanieliza...kerana sudi berkongsi ilmu...



NASI BUKHARI AYAM

Bahan
1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan]
3 s/b rempah kurma + 1 s/b sos tomato [bancuhkan]
2 biji buah tomato [belah 4]
1 liter air
1/2 cawan susu cair/yogurt
1 pokok daun ketumbar [potong pendek]
4 s/b minyak sapi
garam
gula

bahan tumis
10 ulas bawang merah ]
4 ulas bawang putih ] tumbuk
3 cm halia ]
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis swhingga wangi.
2. Masukkan rempah yg dibancuhkan. Kacau rata dan biarkan sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan air, garam dan gula. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan ayam dan buah tomato. Biarkan mendideh.
5. Masukkan nasi dan daun ketumbar.Biarkan mendideh dan kering saperti nasi biasa.
6. Bila sudah masak, gemburkan dan hidangkan bersama bawang goreng dan gulai dalca serta acar timun mentah.

Sunday, April 13, 2008

My Lovely Children

Pagi2 Ahad nie bila xde keje..godam blog le jawabnyer...terasa ada
kepuasan bila explore sesuatu n pastu menjadi..senyum lebar je...
selalunyer xjadi..ye la..kita degree Maths je...bab2 nombor nie
buleih la..kalau bab2 komp nie..lembab bebenorrr teman nihh..
ok kite layannnn..



Kopok Leko versi UK

Kopok Leko versi UK

mmm...nyummmiii..kopok leko..xpernah terpikir pulak nak buat..insident nie(ceewahh..macam tragis pulak..)berlaku masa abg gi umah kak Nita. Masa tu Kak Nita nihhh jamu la kopok leko..balik ke rumah abg suruh blaja buat sebab katanya not bad rasanya..so..teman pun mula lerrr men'google' cari resepi kopok leko. Alhamdulillah..ini dah masuk kali ke-4 buat kopok leko segera...n kali ke-4 baru dapat paste kat sini..hehehehe..cuba la...


Quote:
Kopok Leko Tuna
Bahan:
1 tin tuna
3 s/b tepung ubi
3 s/b tepung gandum
1/2 s/t baking powder (nak kasi lembut skit)
1/2 s/t garam or sesedap rasa

Cara-caranya:
1. Sejat air yg ada dlm tin ikan tuna.Pastu tuang dlm mangkuk.
2. Gaulkan isi tuna dengan bahan2 yg lain pastu uli skit sampai dia tak melekat.
3. Bentukkan kopok leko ikut seni masing2.
4. Masukkan dalam peti ais selama 30minit.
5. Pastu tu...apalagiii..goreng lerrr...

p/s: Kalau dah xsempat2 nak makan..xyah simpan dlm peti ais..trus goreng je..

Kek Batik



Masa mula-mula buat kek batik kat UK xjadi sebab terlebih susu...
guna pulak susu cair..so lembik la dia...buat kali kedua menjadi..
Alhamdulillah..inilah hasilnya...



Kek Batik
Bahan:
1 s/b mentega/planta
1 cawan susu cair
1/2 cawan serbuk koko
1 bungkus biskut rich tea asda(patah2kan)
2 s/b serbuk kacang tanah(goreng kacang pastu tumbuk)-optional

Cara-cara:
1. Panaskan periuk dan masukkan mentega.Sementara tu sapu bekas kek dengan
mentega dan tabur kacang sedikit.
2. Bila mentega cair masukkan susu dan serbuk koko.Kacau rata supaya serbuk koko
tak berketul.
3. Bila adunan agak likat masukkan biskut. Gaul rata antara coklat dan biskut.
4. Masukkan adunan atdi dalam bekas kek.Tekan2 kebawah agar kek mampat.
5. Tabur kacang atas kek dan masukkan dalam peti ais 30minit.

Saturday, April 12, 2008

Rugi insan mensia-sia peluang hidup tanpa taubat


SETIAP kali selepas menunaikan solat lima waktu, kita selalunya akan berdoa kepada Allah untuk dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki lalu diberikan pula petunjuk serta hidayah semoga kita tergolong sebagai hamba soleh di samping terhindar daripada azab api neraka.

Umur yang panjang bukan sekadar memberi kesempatan buat kita menikmati kehidupan dunia yang penuh dengan rahmat Allah, juga untuk menilai sejauh mana kita sudah melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.

Berjayakah kita menunaikan semua tugas atau hanyut dalam kemungkaran dosa sedangkan dalam menikmati kehidupan kita turut diingatkan supaya sentiasa mengingati mati, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Firman Allah yang bermaksud: "Berusahalah mencari keredaan serta rahmatku seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, dalam pada itu beramallah pula dengan segala kebajikan dan ibadat seolah-olah engkau akan mati pada esok hari."

Memang tidak menarik untuk kita bercakap mengenai mati kerana ada beranggapan kematian adalah suatu garis pemisah yang melenyapkan segala peluang serta harapan untuk terus menikmati keindahan dan kenikmatan hidup dunia.

Sedangkan, mereka tidak mahu mengerti sesungguhnya ada sebuah keindahan serta kenikmatan lain yang menunggu pada alam akhirat jika kita sebenarnya termasuk dalam golongan Muslimin yang bertakwa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya janganlah ada di antara kamu yang berlaku tamak dan haloba akan segala sesuatu yang ada di dunia, sebab ketahuilah olehmu bahawa jika dibandingkan dengan kenikmatan yang ada di syurga, maka dunia ini adalah tidak lebih daripada seketul bangkai yang ditarik atau direbut oleh beberapa ekor anjing."

Allah memperingatkan dalam firman yang bermaksud: "Walau di mana juga kamu berada, hatta jika bersembunyi di dalam bilik yang kukuh pun namun mati akan tetap juga menemui kamu." (Surah An-Nisa', ayat 78)

Diriwayatkan oleh Ibnul Umar: "Pada suatu hari aku datang menemui Rasulullah SAW yang ketika itu Baginda berada di tengah sahabatnya yang terkemuka, tiba-tiba terdengar olehku salah seorang daripada mereka bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah agaknya manusia paling cerdas dan pintar otaknya? Maka dijawab Nabi Muhammad SAW: Adapun orang yang cerdas dan pintar di antara kamu ialah mereka paling banyak mengingati mati lalu membuat persediaan menuju kepadanya."

Apabila kita memohon kepada Allah supaya dipanjangkan umur, sewajarnya kurniaan itu dimanfaatkan untuk memperbanyakkan amal ibadat serta membuat kebaikan di dunia sebagai bekalan pada akhirat nanti.

Menjadi rugi kepada mereka yang diberi peluang hidup tetapi mensia-siakan masa dengan perkara dilarang kerana masa yang berlalu tidak akan kembali apatah lagi jika tidak sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Adapun sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam ialah mereka panjang umur serta baik perbuatan dan amalannya, manakala sejahat-jahat umatku ialah orang yang lanjut usia tetapi kekal dalam amalan mungkar."

Firman Allah yang bermaksud: "Pada hari mereka akan mati, padahal selama ini ia tidak mengerjakan solat bahkan sering pula berdusta serta berpaling maka akan bertanya Allah kepada mereka: Siapakah akan dapat menyembuhkan kesakitan itu? Lalu tidaklah mereka mendapat apa-apa selain daripada kepayahan pedih yang berbelit serta celaka."

Beberapa keterangan mengenai kematian yang patut kita renungkan ialah kata-kata Khalifah Umar al-Khattab kepada Kaab al-Akbar: "Bahawa ada kalanya kematian bagi sesetengah orang akan sama seperti suatu ranting kayu berduri bila berada di dalam kerongkong, kemudian ia ditarik dengan keras oleh seorang lelaki perkasa, maka akan tercabutlah mana-mana yang tercabut dan akan tertinggallah mana-mana yang tertinggal."

Suatu hari seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kematian paling mudah, maka Nabi menjawab: "Seringan-ringan mati adalah seperti duri melekat pada lembaran kain, bila ia dicabut maka pasti sedikit daripada benangnya akan terbawa sama."

Pada hari akhirat nanti kita akan dibangkitkan kembali untuk menghadapi hisab serta pengadilan, di mana pada hari itu semua makhluk sama saja di sisi Allah, serta tidak ada suatu apapun yang boleh membantu, selain amalan kita.

Allah berfirman yang bermaksud: "Hendaklah sentiasa kamu ingat bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia ini sebenarnya tidak lain melainkan adalah permainan, kelalaian dan perhiasan bermegah-megah di antara kamu, serta perburuan tipu daya, membanyakkan harta serta anak pinak, seumpama rumput tumbuh subur sesudah hujan menghairankan petani, lalu selepas itu lantas engkau lihat ia kuning menjadi punah dan binasa."
(Surah Al-Hadid, ayat 20)