Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, June 14, 2008

Murtabak

Murtabak ala perantau...hihi..nak nguli kulit murtabak tu tak terbuat ler..nasib baik jumpa cara mudah nak buat murtabak..tq minami dari myresepi.com


Bahan-bahan ( 6 keping )

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam
  • kulit popia
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Dscf5170
    apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Dscf5173
    pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  6. Dscf5176
    goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak


No comments: