Teringin pule teman nak makan kuih seri muka...so teman pun meng'google ' lerr dalam blog kak Hanieliza...bile cuba buat ikut sejibik sukatan yg diberikan..Alhamdulillah..menjadi juga..
seronok tak terkata teman...Trime kasih ler kak Liza kerne sudi berkongsi resepi...
Bahan-bahan
Lapisan Bawah
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam
Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
½ cawan gula merah
1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung jagung
3 biji telur
1 s/t garam
Cara
Lapisan Bawah
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Masakkan sekejap sehingga naik wap.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 20 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.
Saturday, June 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment